Haiza atau nama sebenarnya Rohaizah Nordin, 35, berkata, dia memahami harga tiket yang agak mahal itu membebankan peminat-peminatnya untuk datang beramai-ramai memberi sokongan seperti mana yang dilakukan setiap minggu.
"Ada segelintir peminat meluahkan rasa sedih kerana tidak mampu beli tiket pada konsert akhir nanti, saya pun faham keadaan ekonomi mereka dan tidak mahu mereka terbeban.
"Saya hanya boleh bersimpati dan tidak memaksa mereka datang walaupun secara jujurnya saya mengharapkan laungan semanagat dari peminat-peminat saya," ujarnya kepada mStar Online.
Dalam pada itu, Haiza berkata, dia masih berharap keajaiban berlaku agar peminat-peminatnya dapat melihat dia beraksi pada pentas akhir itu.
Tiket Gegar Vaganza 2 Akhir yang berlangsung di Dewan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dijual dengan harga bermula RM200, RM250, RM300, RM380 dan RM1,000.
Namun, tiket RM1,000, RM380 dan RM300 telah habis dijual.
Sementara itu, Haiza berkata, dia juga merancang percutian bersama peminat-peminatnya iaitu Haiza Tropers bagi menghargai usaha mereka yang menyokong perjuangannya dalam program realiti itu.
"Saya sangat terharu dan menghargai sokongan mereka bukan sahaja yang datang setiap minggu, malah ada sebuah kedai di Johor Bahru menggantung banner gambar dan kata-kata sokongan kepada saya.
"Saya tidak sangka sebegitu sekali dan saya rancang untuk bertemu mereka dan menganjurkan sebuah percutian ke Langkawi bersama mereka selepas tamat Gegar Vaganza 2 ini," ujarnya.
Sementara itu, Haiza yang bakal membawakan lagu Puisi Cinta pada konsert akhir itu, memberitahu sedang membuat persediaan bagi memastikan vokal tidak terjejas.
Katanya, dia perlu menjaga kesihatan sebaik mungkin beberapa hari terakhir bagi mengelakkan kehilangan suara.
Tambahnya, dia juga berharap tidak diberikan giliran pertama persembahan yang dianggap terlalu memberi tekanan.
"Alhamdulillah, persiapan berjalan lancar dan saya fokus pada vokal sahaja, baju dan solekan tiada masalah. Saya juga harap kesihatan dan suara tidak hilang pada hari tersebut.
MBSA boleh memuatkan 1,000 penonton pada satu masa.
Pertandingan akhir Gegar Vaganza 2 bakal menyaksikan persaingan daripada enam peserta iaitu Siti Nordiana, Farah Dhiya, Ezad Lazim, Haiza, Nassier Wahab dan Acong (Sweet Child).
Pemenang bakal menerima hadiah wang tunai berjumlah RM100,000.

Sumber: mStar
0 Response to "Luahan hati Haiza di saat-saat Final Gegar Vaganza 2 hanya beberapa jam akan berlangsung"
Catat Ulasan