Keputusan mendirikan rumah tangga pada 29 April 2006 antara faktor penyumbang zaman malapnya.
Apatah lagi ketika itu pemilik nama sebenar Siti Nordiana Alias ini nekad memperlahankan kerjaya seni kerana mahu menumpukan perhatian terhadap suami.
Sangkakan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari. Bahtera yang dibina bersama Allahyarham Mohd Faizal Yusup tidak bertahan lama apabila mereka bercerai pada 14 September 2009.
Bagi meneruskan hidup, ibu kepada Muhammad Rayyan Nakhaie ini kembali aktif menyanyi. Namun, malang buat penyanyi lagu cinta Hanya Sandaran ini apabila kemunculan semulanya dipandang sepi.
Sumber: Apeciter
0 Response to "Siti Nordiana berani mati dedahkan kisah kegelapan hidup selepas berkahwin dahulu"
Catat Ulasan