Farah Asyikin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley

Penyanyi Farah Asyikin dan suami, Zaahier Stanley, sah bercerai talak satu secara tebus talak di Mahkamah Rendah Syariah, di sini, sebentar tadi. 

Lafaz talak kepada Farah, 36, dibuat oleh hakam mahkamah iaitu pegawai sulh, Mohd Fateh Salleh mewakili pihak Zaahier, 39, di depan Hakim Syarie Umamuddin Yunus. 

Perceraian itu dibuat mengikut Seksyen 47 dan 48 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984. Farah atau nama sebenarnya Farah Asyikin Zulkifli, 36, memfailkan perceraian mengikut Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984, pada Oktober 2014. 


Pasangan itu berkahwin pada 15 Februari 2013 di kediaman keluarga Farah di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur dan mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Ebrahim Owais, yang kini berusia setahun sembilan bulan.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "Farah Asyikin sah bercerai talak satu dengan suaminya, Zaahier Stanley"

Catat Ulasan