Selepas lima tahun ‘menyepi’ daripada dunia lakonan di India secara sepenuh masa, bintang wanita terkenal Bollywood, Aishwarya Rai Bachchan, kembali semula ke layar perak, lapor media tempatan di sini pada Khamis.
Aktres jelita berusia 41 tahun itu kali terakhir berlakon pada 2010 menerusi filem romantik ‘Guzaarish‘ menjadi jururawat dan sebagai heroin kepada aktor kacak Hrithik Roshan beraksi sebagai bekas ahli silap mata yang lumpuh badan.
Kali ini Miss World Pageant pada 1994 itu kembali untuk menjayakan sebuah filem seram, ‘Jazbaa‘ yang diadaptasikan daripada filem seram popular Korea Selatan, ‘Seven Days‘ bersama pelakon lain seperti Irrfan Khan, Shabana Azmi dan Anupam Kher.
Pengarah filem Hindi tersebut, Sanjay Gupta memuat naikkan gambar Aishwarya Rai, ke laman sosial Twitternya semasa penggambaran filem tersebut sambil menulis: “Aishwarya kini kembali dan sedang menjalani penggambaran Jazbaa“.
‘Jazbaa’ menampilkan watak utama Aishwarya Rai sebagai peguam mengendalikan kes misteri melibatkan seorang anggota polis digantung kerja lakonan Irrfan Khan dan ia juga bakal ditayangkan pada festival filem berprestij Cannes di Perancis.
Aishwarya Rai yang berkahwin dengan aktor Abhishek Bachchan sejak 2007; kemudian dilaporkan lebih menumpukan kepada urusan keluarganya setelah dikurniakan seorang anak perempuan bernama Aaradhya Bachchan pada 2011.
Biarpun sibuk dengan hal keluarga, beliau yang pernah dinobatkan sebagai antara wanita tercantik di dunia oleh banyak majalah ternama Barat seperti Maxim, Peopledan Harper’s, malah turut diiktiraf aktif dalam pelbagai organisasi antarabangsa.
Antaranya duta muhibah Pertubuhan Bangsa Bersatu dan menerima pingat kebesaran kedua tertinggi Perancis pada 2012 selain model produk jenama ikon seperti Lux, Coca-Cola, Pepsi, L’Oreal, Casio, Palmolive, Philips, Titan dan Fuji Film.

0 Response to "Dulunya artis bollywood Aishwarya Rai pernah memenangi gelaran Miss World 1994, namun setelah 21 tahun berlalu inilah 7 foto bentuk tubuh terbarunya"
Catat Ulasan