Bahaya Bagi Wanita Tidak Memakai Seluar Dalam Dan Bra Ketika Tidur?


Bahaya Bagi Wanita Tidak Memakai Seluar Dalam Dan Bra Ketika Tidur | Isu yang cuba diketengahkan adalah mengenai akibat dan bahaya kalau wanita tidak memakai seluar dalam dan bra ketika tidur. Namun realitinya, kebanyakkan wanita yang telah bersuami tahu akibatnya.

"Melihat ibu menderita akibat kanser payudara, membuatkan saya risau. Sebab itulah hingga kini, saya mengelak tidur dengan memakai bra," ujar seorang pelakon drama televisyen.

Kata-katanya yang mungkin didengari oleh jutaan penonton di Indonesia itu, seperti mengesahkan bahawa memakai bra ketika tidaur boleh menyebabkan kanser payudara. Akibatnya, ramai wanita mengelak daripada mengenakan bra ketika tidur.

Benarkah memakai bra ketika tidur boleh menyebabkan kanser payudara?

"Tidak benar. Memakai bra semasa tidur tiada kaitan langsung dengan kanser payudara," kata Dr. Febriansyah, seorang Doktor Pakar Sakit Puan di RSIA Kemang Medical Care, Kemang, Jakarta Selatan.

Menurut beliau, tiada masalah untuk wanita mengenakan bra ketika tidur.

"Dengan syarat, bra yang dipakai adalah jenis tidak berdawai kerana bra seperti itu membuatkan payudara tertekan. Akibatnya, aliran darah tidak lancar sekaligus mempengaruhi kesihatan payudara," jelas Dr. Febriansyah.

Beliau berkata, adalah lebih baik untuk tidak memakai pakaian dalam ketika tidur supaya darah dapat mengalir lebih lancar dan tubuh menjadi lebih relaks serta terasa lebih segar apabila bangun.

Tambah beliau, "Jika payudara tertekan, bra akan menghalang aliran darah sehingga mengakibatkan beberapa masalah seperti sengal dan sakit."

0 Response to "Bahaya Bagi Wanita Tidak Memakai Seluar Dalam Dan Bra Ketika Tidur?"

Catat Ulasan