Inilah 7 Gambar Bilik Kotor Tempat Tinggal Cristiano Ronaldo Zaman Kanak-Kanak


Cristiano Ronaldo, 35, mengakui anak lelakinya, Cristiano Jr begitu terkejut apabila melihat bilik tempat tinggalnya pada zaman kanak-kanak.

Untuk pengetahuan, bintang Juventus itu telah merantau dan meninggalkan rumahnya di Madeira pada umur 12 tahun untuk mencapai cita-cita sebagai pemain bola sepak profesional.

Dan ketika Ronaldo tiba di Lisbon, beliau tinggal bersama dengan teman rapatnya, Miguel Paixao.

Terbaru, bekas pemain terbaik Manchester United dan Real Madrid itu sekali lagi mengambil keputusan untuk membawa anak lelakinya, Cristiano Jr yang berusia 10 tahun untuk melawat bilik lamanya di kampung halaman.

"Saya begitu teruja kerana dapat membawa anak lelaki saya melihat sendiri bilik di mana saya tinggal pada zaman kanak-kanak," kata Ronaldo di saluran TV1 Portugal ketika ditemuramah.

"Dia sudah pernah melawat Madeira dan perumahan flat Marques de Pombal.

"Dia mengikut saya naik ke perumahan itu dan di sana kami dapat berjumpa beberapa penghuni lama yang masih tinggal sehingga kini.

"Saya secara jujur begitu terharu kerana tidak menyangka masih dapat berjumpa dengan penghuni-penghuni tersebut selepas sekian lama merantau.

Kapten pasukan Portugal itu turut memberitahu bahawa anak lelakinya pula amat terkejut selepas melihat keadaan bilik tempat tinggalnya pada zaman kanak-kanak," Kata Ronaldo lagi.


Pemenang 5 kali Ballon d’Or itu sanggup berbuat demikian kerana mahu mengajar anaknya agar tidak menganggap semua yang dimilikinya itu sudah tersedia, dan perlu bekerja keras untuk berjaya.

“I went with Paixao and [Cristiano] and we entered the room where I had stayed.

“My son turned to me and said: ‘Papa. Did you live here?’ He could not believe it.

“They think everything is easy in this world. The quality of life, the houses, the cars, the clothes…

“They think that it all just falls into their lap. That [is] what I try to instill in my son, including when I do events in schools.

“I try to convey that these things don’t come with having talent alone. But with hard work and dedication, I think you can achieve everything you want to do.”

Jom layan beberapa keping gambar Cristian0 R0naldo ketika zaman kanak-kanak dan juga keadaan bekas bilik tempat tinggalnya yang begitu memilukan.








0 Response to "Inilah 7 Gambar Bilik Kotor Tempat Tinggal Cristiano Ronaldo Zaman Kanak-Kanak"

Catat Ulasan