Boikot mahkamah kerana flu babi

Penyakit flu babi yang merebak di seluruh dunia telah menggemparkan mahkamah di Roma apabila salah seorang hakim yang mengendalikan kes dipercayai dijangkiti penyakit itu.

Giovanni Barese, nama hakim tersebut didapati mengalami batuk beberapa kali ketika mengendalikan pembicaraan. Menurut beliau, dia baru sahaja kembali dari Mexico. Pengakuan tersebut telah menyebabkan orang ramai yang berkumpul di mahkamah menjadi panik.

Menurut sumber yang dipetik dari Ananova.com, terdapat lebih daripada 30 independen yang memboikot pembicaraan tersebut kerana takut dijangkiti penyakit flu babi.

"Saya tidak tahu samada hakim tersebut memang dijangkiti penyakit flu babi atau sekadar untuk membersihkan kerongkongnya tetapi yang saya pasti, beliau telah batuk beberapa kali. Selepas itu, hakim tersebut mengatakan yang beliau baru sahaja kembali dari Mexico".

"Saya tidak pernah berhadapan dengan situasi sebegini di mana ramai independen bersetuju untuk memboikot pembicaraan ini. Mereka semua setuju dalam masa yang singkat untuk memboikot kami supaya tarikh pembicaraan di tunda ke tarikh lain," kata Giovanni Barese.

"Walaupun beliau tidak dijangkiti penyakit flu babi namun tiada seorang pun independen yang mahu mengambil risiko agar pembicaraan tersebut diteruskan. Sepatutnya, beliau perlu berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan dan bukannya meneruskan pembiacaraan itu sehingga mendedahkan independen dengan virus yang menjangkitinya" ujar salah seorang independen.

Susulan daripada peristiwa memboikot itu, hakim tersebut telah berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan lanjut. Ketika ini dia sedang dikuarantin.

Sumber asal dalam bahasa indonesia : borakkosong.com

3 Responses to "Boikot mahkamah kerana flu babi"