Mati pucuk adalah kegagalan alat kelamin lelaki untuk menegang atau mengekalkan ketegangan sehingga mencapai kepuasan seks. Nama lain bagi mati pucuk adalah disfungsi erektil dan impotens bagi istilah perubatan.
Lelaki yang berumur lanjut lebih berisiko mendapat mati pucuk. Faktor-faktor lain yang boleh menyebabkan mati pucuk ialah penyakit jantung, kencing manis dan darah tinggi.
Untuk sembuh dari mati pucuk, seseorang yang menghidapinya perlu berjumpa dengan doktor bagi menjalani pemeriksaan kesihatan dan rawatan.
Selain itu, mati pucuk dapat dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senarai di bawah :
Selain itu, mati pucuk dapat dielakkan jika anda mengamalkan gaya hidup yang sihat seperti senarai di bawah :
a). Minum air secukupnya.
Minumlah air putih sekurang-kurangnya 8 gelas sehari. Air putih dapat melancarkan pengaliran darah ke bahagian tubuh badan dan bahagian penis.
b). Kurangkan makan daging merah.
Mati pucuk disebabkan oleh pengaliran darah yang tidak lancar pada bahgian penis. Elakkan ini berlaku dengan cara, kurangkan makan daging merah dan makanan berlemak tinggi seperti telur kerana lemak boleh berkumpul pada pembuluh darah dan menghalang pengaliran darah dengan lancar ke seluruh badan. Memakan daging merah boleh menyebabkan penghasilan sperma anda menjadi rendah.

c). Amalkan pemakanan seimbang
Makanlah sayur-sayuran, buah-buahan dan bijirin untuk mengelakkan mati pucuk. Buah-buahan segar dapat membantu anda menurunkan kadar trigliserida yang berkumpul pada pembuluh darah sekaligus menyingkirkan lemak dari badan anda.

d). Kurangkan lemak dan kolesterol
Lemak dan kolesterol dalam darah boleh menyekat aliran darah sampai ke penis. Bagi mengelakkan masalah ini berlaku kurangkan makan makanan segera dan makanan yang diawet dalam tin. Makanlah makanan yang kurang lemak dan banyakkan memakan sayuran hijau dan buah-buahan segar.
e). Supleman
Makanlah suplemen tambahan seperti Gingko biloba yang dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke alat kelelakian anda.
Makanlah suplemen tambahan seperti Gingko biloba yang dapat meningkatkan aliran darah ke seluruh tubuh badan dan ke alat kelelakian anda.
f). Bersenam
Bersenamlah selalu dan secara teratur seperti berjalan kaki, berjogging, berbasikal, berlari dan berenang bagi meningkatkan pengaliran darah ke seluruh tubuh badan anda. Cuma 30 minit 3 kali seminggu.

g). Amalkan gaya hidup yang sihat
Jauhilah gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok dan minum minuman beralkohol, gaya hidup tersebut boleh menyebabkan anda mendapat mati pucuk dengan lebih cepat.
" Mencegah lebih baik daripada mengubati "
Sumber : Carian dari google

Salam;
BalasPadambagus juga info ko bos..baik untuk lelaki sama ada mati pucuk atau tidak tak rugi kalau diamalkan.