3 Sekawan: ULAT, KURA dan KATAK
Tiga sekawan iaitu KURA, ULAT dan KATAK. Pada suatu hari, KURA membuat satu parti secara kecil-kecilan. Dia mengajak ULAT dan KATAK datang ke rumahnya untuk menyambut HARI MERDEKA. Maka,datanglah ULAT dan KATAK berpesta habis-habisan di rumah KURA. Satu jam kemudian, KURA bertanya kepada KATAK.
KURA : Hei, katak!! Aku rasa ada sesuatu yang kurang lah.
KATAK : ........patutlah, rokok dah habis lah!!
KURA : Betul lah, apa kata kau pergi kejap beli rokok kat kedai depan tu.
KATAK : Ala....kaki aku sakit lah, dari tadi asyik melompat je. Kau suruh ulat lah pergi beli.
KURA : Bagus jugak idea kau tu.
ULAT : Aku malas lah nak pergi beli.
KURA : Ala ... kau tolong lah pergi beli kejap. Kau pun nak hisap rokok jugak kan. Aku dengan katak dah bersetuju nak suruh kau pergi beli. Boleh lah.....
ULAT : Ok lah, aku pergi beli sekarang.
10 minit ... 30 minit ... 1 jam ... berlalu, ULAT masih belum pulang lagi dari kedai. KURA dan KATAK berasa bimbang terhadap apa yang terjadi kepada ULAT. KURA dan KATAK kemudian keluar pergi mencari ULAT yang belum pulang lagi. Setibanya di pintu keluar, ULAT sudah pun berada di depan pintu. KURA pun berkata..
KURA : Hah, itu pun kau. Mana kau pergi dari tadi lagi belum balik??
KATAK : Hei, kau tau tak, kau buatkan kita berasa risau je ..... Mulut aku dah naik kering ni.
KURA : Rokok yang aku suruh beli tu mana?
ULAT : Hek'eleh .... Aku gerak pun belum lagi, tau!
KATAK : Habis, dari tadi sampai 1 jam kau buat apa?
ULAT : Kau nampak ni, dari tadi lagi aku BELUM HABIS lagi PAKAI KASUT !!!...
kasut dia banyak jenama r kan ? de Hush Puppies, Nike, Adidas, Clarks, Bata ... hahaha ulat ulat, tak nak kawan ulat ! lambat betul nak sug beli rokok
BalasPadam~hahaha..serius best cita nie..
BalasPadamnasib baik katak n kura2 cari..^_^
dlm crite ni ad 2 pengajaran yg aq nmpk...
BalasPadampertama ulat tidak bg alasan pn utk ke kedai walaupn die sedar yg die sungguh lmbt utk melakukan sstu...
kedua, kasih sayang kura dgn katak terhadap ulat ni sanggup utk mencuba cari ulat yg x blik2 dr kdai...
http://mohdfaizulosman.blogspot.com
hahahhaha lawaknya!!!!
BalasPadamarrghhhhhhh xsuka natang gemok lembek nihhh!!
BalasPadamulat kau pakai saiz bape ? hehe
BalasPadam