Sneijder masih mengharap perpindahan ke United

DUBLIN - Wesley Sneijder masih membuka pintu perpindahannya ke Manchester United dengan bayaran mencecah 32 juta pound (RM158 juta).


Pemain tengah Inter Milan itu semakin pasti akan berpindah ke kelab juara Liga Perdana Inggeris walaupun boss United, Sir Alex Ferguson memberitahu kelabnya tidak akan membeli pemain baru musim ini.

Pemain kebangsaan Belanda itu beraksi selama 75 minit pada perlawanan Ahad lalu, yang menyaksikan Inter tewas kepada Manchester City 0-3 dalam Piala Super Dublin, sekali gus mengurangkan spekulasi mengenai dirinya dan perpindahan ke Manchester.

"Peluang sentiasa ada dan sesuatu akan berlaku, kita lihat sahaja nanti.

"Kita tunggu apa yang bakal berlaku nanti, namun saya tetap seorang yang gembira. Terlalu banyak spekulasi setiap tahun.

"Saya telah berada pada tahap yang tinggi dalam 10 tahun dan sentiasa ada spekulasi, namun saya tetap di sini.

"Saya gembira berlatih di sini setiap hari bersama rakan-rakan dan semua yang ada dalam kelab ini serta bermain untuk peminat," jelas Sneijder.

Dalam pada itu, boss Inter Milan, Gian Piero Gasperini memberitahu United perlu berbincang bersama kelabnya, bukannya melalui pemain sekiranya mahu menyelesaikan urusan tersebut.

"Saya hargai dengan tawaran tersebut namun Inter perlu ikut serta dalam rundingan tersebut.

"Saya tidak bimbang kerana ini adalah perkara normal dalam situasi sebegini. Ini bukan kerana Inter tetapi semua kelab besar tentu mempunyai pemain yang dijadikan sandaran mereka," kata Gasperini. - AFP

Sumber : Utusan Malaysia

1 Response to "Sneijder masih mengharap perpindahan ke United"

  1. sneijder pemain brbakat.. rugi kalau tglkn di serie a.. harap dia ke epl :)

    BalasPadam