Dipenjara 10 hari kerana lewat kembalikan buku perpustakan

Mahkamah Iowa menjatuhkan hukuman penjara 10 hari kepada Christopher Anspach kerana lewat memulangkan buku perpustakan yang dipinjamnya.


Sebelum ini, Anspach, 28, telah meminjam 27 buku dan beberapa barang lain daripada Perpustakaan Awam Newton pada 17 Januari lepas. Selepas beberapa bulan tidak memulangkan buku dan barang yang dipinjamnya, beliau diberikan beberapa amaran bertulis.

Bagaimanapun, Abspach gagal memberikan respon dan tidak memperdulikan amaran bertulis itu. Akibat kedegilan itu, pihak perpustakan bertindak menfailkan kes dengan mahkamah dengan anggaran gantirugi yang diminta ialah sebanyak RM2,300.

"Selepas beberapa kali gagal menghubungi Anspach melalui telefon dan email, pihak perpustakaan Newton bertindak menghubungi Mahkamah Bandar Newton dan Jabatan Polis Newton," berdasarkan komplain yang diterima pada 26 julai lepas.

Setakat ini, tidak diketahui samada Anspach ada membaca buku yang dipinjamnya atau tidak. Berdasarkan tulisan ringkas beliau yang ditemui oleh Weekly Vice di dalam akaun MySpacenya, beliau memberitahu demikian "HAHAHA !!! Saya tidak suka membaca !".

Sebagai tambahan kepada hukuman penjara 10 hari yang dikenakan kepada Anspach, pihak mahkamah mengarahkan beliau membayar gantirugi yang diminta oleh pihak perpustakaan dan denda lain sebanyak RM1,900.

Diterjemahkan dari : huffingtonpost.com

1 Response to "Dipenjara 10 hari kerana lewat kembalikan buku perpustakan"