4.7 bilion tonton EPL


LONDON - Liga Perdana Inggeris (EPL) menarik sejumlah 4.7 bilion penonton seluruh dunia musim lalu.

Permintaan global untuk menonton kelibat pemain bertaraf bintang seperti Wayne Rooney, Robin van Persie, Didier Drogba dan Steven Gerrard mencapai kemuncak baru.

Laporan yang dikeluarkan sebuah agensi perunding perniagaan sukan terkemuka mendedahkan 70 peratus peminat bola sepak seluruh dunia menggemari bola sepak Inggeris.

Laporan kumpulan Sport+ Markt di Jerman menunjukkan liputan televisyen untuk aksi Liga Perdana Inggeris menjangkau 643 juta kediaman musim lalu, iaitu meningkat 11 peratus berbanding musim sebelum ini.

Jumlah penonton di rumah kini mencecah angka 3.9 bilion, manakala 777 juta lagi adalah mereka yang menonton di pub atau kedai makan di seluruh dunia.

Pasaran terbesar bola sepak Inggeris ialah Asia dan Ocenia, di mana 1.3 bilion penonton memilih perlawanan membabitkan Manchester United, Arsenal, Liverpool dan Chelsea pada 2010-11.

Dianggarkan 64 peratus di kalangan kaki bola di China menyokong kelab EPL, manakala separuh daripada peminat di Amerika Syarikat menggemari pasukan EPL.

Secara keseluruhan, siaran mengenai EPL disiarkan 185,000 jam di televisyen seluruh dunia, menjadikan ia acara sukan paling popular di dunia.

Di United Kingdom sahaja, 629 juta penonton menyaksikan siaran langsung perlawanan atau liputan mengenai perlawanan musim lalu, dengan 761 juta penonton lagi di seluruh Eropah.

Sumber : Utusan malaysia

4 Responses to "4.7 bilion tonton EPL"

  1. tak heran aku dah dengan berita ni sebab kalau pi kedai mamak mana2 semua penuh tgk bola pakai skrin beso... giler bola di mana2...haaa3x

    BalasPadam
  2. salam;
    yelah..bolasepak ni memang gila,bukan saja sukan nombor 1 didunia malah sukan nbr 1 gila.

    BalasPadam
  3. Wah!Ramainya yg follow,jadi berbaloi juga org2 Malaysia melabur kat kelab2 EPL.

    BalasPadam