Seorang lelaki berpakaian gumpy yang cuba mencuri minggu lepas telah menyerahkan diri secara sukarela kepada pihak penguatkuasa, menurut Gary Hassen, Pegawai dari Jabatan Polis San Diego.
Jacob Kiss cuba mencuri sebuah kedai 7-Eleven minggu lepas dengan berpakaian gumpy tetapi gagal kerana diketawakan oleh kerani yang sedang bertugas ketika itu di luar stor kedai. Kiss, 19, meninggalkan kedai itu dengan tangan kosong selepas tidak dilayan.
Hassen, detektif dari Unit Kecurian memberitahu bahawa suspek berkenaan memang disahkan terlibat dalam kejadian cubaan mencuri minggu lepas. Oleh sebab itu, pihak polis terpaksa menahan Kiss.
SDPD telah menyoal siasat Kiss dan rakannya, Jason Giramma sebelum membebaskan mereka buat sementara waktu untuk menunggu kes berkenaan difailkan. Manakala pakaian gumby yang dipakai oleh Kiss telah dirampas oleh detektif tersebut untuk siasatan lanjut.
Menurut Hassen, kes melibatkan Kiss dan Giramma telah pun dihantar kepada Pejabat Kehakiman Daerah. Samada kes tersebut difailkan atau tidak adalah belum diketahui dan bergantung kepada budi bicara mereka.
Diterjemahkan dari : msnbc.msn.com

0 Response to "Gumpy sukarela serah diri kepada polis"
Catat Ulasan