Kejam !! siram kemaluan remaja dengan air panas

KUCHING : Seorang remaja berusia 14 tahun dipercayai didera oleh ibu saudaranya sendiri selepas remaja tersebut ditinggalkan di bawah jagaannya tanpa pengetahuan keluarga remaja tersebuit.

Gambar hiasan sahaja

Kes tersebut hanya diketahui apabila remaja tersebut berjaya melarikan diri daripada rumah ibu saudaranya yang terletak di Batu 8 Jalan Penrissen Sabtu lepas dan bertindak berjalan kaki balik ke rumah ibu bapanya di Kampung Kudei.

Ibunya yang berusia 39 tahun dan enggan namanya disiarkan berkata ibu saudara remaja tersebut telah mencurahkan air mendidih di bahagian kemaluan mangsa dan menguncinya di dalam bilik dengan bekalan makanan dan minuman yang terhad sejak 18 Ogos.

Menurutnya lagi, beliau dan suaminya telah menghantar anak mereka untuk tinggal bersama dengan nenek remaja tersebut di Kampung Landeh kira-kira dua bulan yang lepas disebabkan mereka sukar untuk mendisiplinkannya.

Tanpa disedari mereka, nenek tersebut terpaksa pergi ke Kuala Lumpur untuk menguruskan sesuatu dan menyerahkan remaja tersebut kepada makciknya.

Keluarga mangsa hanya menyedari apa yang telah berlaku apabila mangsa secara tiba-tiba muncul di rumah pada hari Sabtu lepas selepas berjaya melarikan diri.

Remaja tersebut kemudiannya di bawa ke Hospital Umum Sarawak untuk menjalani pemeriksaan.

Copy & paste : .theborneopost.com

0 Response to "Kejam !! siram kemaluan remaja dengan air panas"

Catat Ulasan