Hantar mesej di Facebook selepas bunuh suami
MELBOURNE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang wanita berusia 40 tahun, Jennifer Lynn Hearn ditangkap selepas polis menyatakan bahawa dia menembak mati suaminya dalam satu pergaduhan dan menanamnya di sebuah kandang babi.
Dia kemudian menghantar mesej di Facebook dengan menyatakan bahawa suaminya, Carl Cliff Hearn berusia 41 tahun telah meninggalkannya selain menyatakan kegembiraan kerana menjadi bujang semula.
Wanita itu ditahan atas dakwaan melakukan pembunuhan kelas kedua baru-baru ini selepas ejen-ejen syerif menemui tinggalan mayat suaminya.
Mayat suaminya itu ditemui di dalam kandang babi di rumah keluarganya di Melbourne, Florida.
Selepas pejabat syerif menerima maklumat mengenai kejadian tersebut, Hearn memberitahu para penyiasat bahawa dia menembak suaminya dalam satu pergaduhan.
Sumber : kosmo online

ish2...macam2...
BalasPadamalaa..dia ni ndak pandai cover2 la..ada ka patut buat status camtu..kan da kedapatan@kantoi..hehe
BalasPadam