Minta izin buang mayat di tong sampah jiran

Seorang lelaki berusia 20 tahun ditangkap oleh polis di Tacoma, Amerika Syarikat kerana disyaki membunuh selepas beliau cuba meminta izin dari jirannya untuk membuang mayat di tempat pembuangan sampah mereka.


Anthony Tyrone Clark, 20, telah terlebih dahulu membuang mayat tersebut di tempat pembuangan sampah jiran sebelum meminta izin dari jirannya. Menurut jiran, selepas diberitahu oleh Clark, mereka terus pergi ke tempat pembuangan itu dan mendapati mayat yang dimaksudkan Clark memang dibuang di situ.

Menyedari perkara sedemkian, jiran Clark terus melaporkan kejadian itu kepada pihak polis yang kebetulan sedang meronda di kawasan itu.



Berdasarkan keterangan Clark, beliau memberitahu bahawa dia baru sahaja membunuh seorang remaja dan mayat tersebut disembunyikan di rumahnya. Oleh kerana ingin mengelak daripada diketahui oleh pihak polis, Clark telah membuang mayat tersebut di tempat pembuangan sampah jirannya.

Pihak polis yang menahan Clark menyangka beliau hanya bergurau dengan pengakuan tersebut kerana Clark hanya bersikap tenang malah ketawa ketika disoal siasat.

Identiti mayat tersebut masih belum diketahui tetapi remaja berkenaan berumur kira-kira 16 tahun. Remaja itu dipercayai ditembak sehingga mati. Ketika ini, Clark ditahan sementara waktu untuk siasatan lanjut.

Sumber : idbite.com

1 Response to "Minta izin buang mayat di tong sampah jiran"

  1. Salam;
    Ada juga jenis pembunuh mcm tu..mintak kebenaran nak buang mayat terus terang pulak...

    BalasPadam