Remaja kencing d hadapan hakim

Seorang remaja yang sedang diadili di mahkamah oleh seorang hakim melakukan perbuatan tidak senonoh apabila kencing di tong sampah mahkamah yang berdekatan dengan tempat duduk hakim berkenaan. Kejadian itu berlaku pada 08 september 2011.


Kejadian itu merupakan hari paling buruk bagi hakim tersebut kerana berhadapan dengan sikap tidak senonoh pesalah itu, Corey Webb, 17. Webb ditahan atas tuduhan menembak seorang polis.

Difahamkan, Webb bukan sahaja menunjukkan sikap kurang ajar dengan kencing di hadapan hakim tetapi juga seringkali meninggikan suaranya ketika ditanya oleh hakim. Remaja berkenaan juga berani mengarahkan hakim itu supaya memecat salah seorang pengacara sesi penghakiman tersebut.


Disebabkan geram dengan sikap remaja berkenaan, hakim tersebut hampir mengentakkan tukulnya ke kepala Webb namun tidak berbuat demikian. Beliau kemudiannya menegur remaja demikian. "Saya tidak tahu bagaimana anda dibesarkan tetapi kencing di tong sampah itu adalah tindakan kurang ajar. Sesi penghakiman ini adalah adalah sesi yang terakhir," kata hakim tersebut.

Di atas sikap tidak senonoh Webb, beliau terpaksa berhadapan dengan satu lagi tuduhan berkaitan dengan kencing secara sembarangan.

Sumber kemaskini : idbite.com

6 Responses to "Remaja kencing d hadapan hakim"

  1. bagi hukuman paling maksimum untuk remaja yang kurang ajar ni...

    BalasPadam
  2. Budak tu memang dah lali dengan hukuman mahupun saman,malah dipenjara pun dia tidak takut,sebab tu ia berkelakuan demikian..

    BalasPadam
  3. haha..kuangaja btol..kasi potongg laa..hihi

    BalasPadam
  4. x senonoh budak ni da la tembak polis..kencing lagi depan hakim

    BalasPadam