Sanggup beli rumah RM240,000 demi anjing

Anak perempuan kepada bos besar Formule One Group, Petra Ecclestone sanggup membeli sebuah rumah mewah berharga RM240,000 di Los Angeles semata-mata untuk kelima anjingnya. Beliau berbuat demikian kerana inginkan anjingnya memiliki ruang tempat bermain yang lebih luas.


Ecclestone, 22, menganggap bahawa rumah mereka di London yang mempunyai 6 tingkat masih tidak cukup luas untuk membolehkan kelima-lima anjing peliharaanya bermain selesa.

Difahamkan, keluasan rumah mewah yang baru dibelinya di Los Angeles ialah 5000 m2. Rumah mewah ini terletak di daerah Holmby Hills dan mempunyai 14 bilik tidur, satu bilik salon kecantikan, ruang makan, ruang rehat dan sebuah bilik khas untuk membungkus kado.

Sebelum ini, Ecclestone pernah ditanya oleh beberapa wartawan dari Daily Mail tentang sebab utama beliau membeli rumah tersebut. Pada mulanya, beliau berbohong dengan mengatakan bahawa rumah tersebut dibelinya untuk tujuan memudahkan dia berulang-alik dari London ke Amerika. Bagaimanapun, beliau kemudiannya mengaku alasan utama rumah itu dibeli ialah untuk dijadikan tempat bermain bagi anjing-anjing peliharaanya.

"Saya mahu anjing-anjing saya memiliki ruang tempat bermain yang lebih luas," kata Ecclestone.

Dalam temubual dengan Ecclestone di Los Angeles, beliau mengatakan bahawa banyak perkara penting yang ingin dilakukanya daripada hanya sekadar menghabiskan wang ayahnya. Beliau bercita-cita untuk menjadi seorang pereka fesyen.


"Saya bukan mahu menghabiskan wang ayah saya. Kadang-kadang saya akan pergi ke parti yang dapat menguntungkan perniagaan saya, parti amal ataupun parti yang diadakan oleh kawan. Saya tidak akan pergi ke parti kalau bukan hujung minggu kerana saya bukan seorang yang terlalu sosial". Kata Ecclestone.

Sumber : idbite.com

3 Responses to "Sanggup beli rumah RM240,000 demi anjing"

  1. Salam;
    kalau duit banyak bergitulah caranya bos..kalau aku banyak duit...

    BalasPadam
  2. untung la anjing tu..hahah

    asal ade duit semua jalan..

    BalasPadam
  3. biar betul rumah besar tu harga RM240k.. murah betul.. rumah kat malaysia lagi mahal mcm tu.. :P

    BalasPadam