Tiga Lelaki Pakistan

Tiga lelaki India dan tiga lelaki Pakistan melakukan perjalanan ke
pertandingan Kriket Dunia di England dengan menggunakan keretapi.
Di stesen keretapi lelaki-lelaki Pakistan telah membeli satu tiket
setiap seorang, tetapi tiga lelaki India hanya membeli 1 tiket
sahaja untuk mereka bertiga.

"Macam mana kamu bertiga nak naik keretapi sedangkan kamu beli
hanya satu tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.
"Lihat dan belajar", kata salah seorang lelaki India.

Mereka semua pun menaiki keretapi. Lelaki Pakistan duduk di kerusi
yang telah di tetapkan sedangkan ketiga-tiga lelaki India tersebut
bersesak masuk ke dalam sebuah tandas dan menutup pintu tandas tersebut.

Seketika selepas keretapi bertolak, konduktor keretapi pun datang
untuk memungut tiket. Dia mengetuk pintu tandas dan berkata
"Tolong bagi tiket". Pintu tandas di buka sedikit sahaja,
kelihatan sebelah tangan menghulurkan tiket kepada kunduktor.
Konduktor mengambil tiket tersebut dan berlalu. Ketiga-tiga lelaki
Pakistan melihat perlakuan tersebut dan bersetuju bahawa idea
lelaki-lelaki India itu memang bijak.

Jadi selapas perlawanan, mereka bercadang untuk meniru idea lelaki-lelaki
India tersebut dan dapat menjimatkan wang. Bila mereka tiba di stesen
keretapi mereka hanya membeli 1 tiket sahaja, tetapi yang memeranjatkan
mereka lelaki-lelaki India langsung tidak membeli tiket!!!

"Macam mana kamu nak meneruskan perjalanan dengan keretapi jika kamu
tidak membeli tiket?" tanya salah seorang lelaki Pakistan.

"Lihat dan belajar", jawap lelaki India. Bila mereka menaiki keretapi
ketiga-tiga lelaki Pakistan bersesak di dalam sebuah tandas kemudian
lelaki-lelaki India pula mengambil giliran bersesak di dalam sebuah
tandas lain yang berhampiran. Keretapi pun bergerak memulakan perjalanan.

Seketika kemudian seorang dari lelaki India keluar dari tandas dan
berjalan menuju ke tandas dimana lelaki Pakistan sedang bersembunyi.
Lelaki India tersebut mengetuk pintu tandas dan berkata "Tolong bagi
tiket". Pintu tandas dibuka sedikit, kelihatan sebelah tangan
menghulurkan tiket. Lelaki India tanpa berlengah mengambil tiket
tersebut dan terus pergi ke tandas tempat di mana kawan-kawannya
sedang menunggu.....

1 Response to "Tiga Lelaki Pakistan"