Dipenjara sehari dan didenda RM700 kerana curi coli dan jeans


KUALA LUMPUR: Gara-gara mencuri dua coli dan sehelai seluar jeans di sebuah pusat beli-belah terkemuka, seorang pembantu makmal dipenjara sehari dan didenda RM700 oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman itu terhadap Noraida Bahari, 36, selepas ibu kepada dua anak itu mengaku salah terhadap pertuduhan berkenaan.

Zaki Asyraf juga mengarahkan hukuman itu bermula dari tarikh tertuduh ditangkap iaitu kelmarin.

Tertuduh juga berdepan dengan penjara tujuh hari sekiranya tidak membayar denda itu. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mencuri seluar jeans jenama Seed dan coli jenama Audrey bernilai RM72.76, di Kompleks Sogo, Jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini, jam 4.10 petang pada 26 Oktober lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Alias manakala tertuduh diwakili peguam dari Biro Bantuan Guaman, Muhammad Khairul Hafizi.

Terdahulu Muhammad Khairul memohon hukuman terhadap Noraida diringankan kerana tertuduh hanya berpendapatan RM1,800 sebulan dan perlu membantu suaminya yang bekerja kilang untuk menyara keluarga termasuk ibu bapanya.

Sumber : Harian metro

3 Responses to "Dipenjara sehari dan didenda RM700 kerana curi coli dan jeans"

  1. Salam;
    laa..perempuan mencuri rupanya,mcm mana pulak perasaan suaminya.

    BalasPadam
  2. adoi mencuri tu buat apa , malu lah

    BalasPadam
  3. hahahahah...memalukan...xder duit sangat ke..ish

    BalasPadam