Gantung diri kerana putus cinta
KULAIJAYA: Seorang remaja lelaki terkejut apabila bekas kekasih yang dihubungi semula selepas kurang dua jam memutuskan hubungan cinta mereka menggantung diri di kediamannya di sebuah tanah rancangan Felda di sini, kelmarin.
Dalam kejadian itu, gadis berkenaan yang berumur 14 tahun ditemui dalam keadaan tergantung di bilik tidur kediaman keluarganya pada jam 12 tengah hari.
Sumber terdekat dengan keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata, sebelum kejadian, pada jam 10.30 pagi, remaja lelaki berkenaan ada menghubungi mangsa dan memutuskan perhubungan cinta mereka.
“Kurang dua jam kemudian, remaja lelaki itu menghubungi mangsa buat kali kedua untuk berbincang berkaitan beberapa hal peribadi tetapi terkejut apabila panggilannya dijawab oleh ahli keluarga mangsa yang memaklumkan gadis berkenaan sudah meninggal dunia.
“Remaja lelaki itu kemudiannya menceritakan apa yang berlaku antaranya dengan gadis berkenaan sebelum kejadian kepada keluarga mangsa, dia nyata kesal dengan perkara terbabit,” katanya ketika ditemui di Unit Forensik Hospital Kota Tinggi (HKT).
Menurut sumber, mangsa pelajar tingkatan dua di sekolah sama dengan bekas teman lelaki yang menuntut di tingkatan empat dan kejadian hanya disedari adik gadis berkenaan yang curiga selepas panggilannya tidak bersahut.
Sumber berkata, adik mangsa mengintai melalui lubang kunci dan terkejut mendapati kakaknya terkulai dengan kain batik terjerut pada leher. Difahamkan, mangsa mungkin tertekan dengan perpisahan yang berlaku, dia kemudiannya dipercayai mengikat sehelai tuala pada lubang angin di dinding bilik.
Selepas itu, mangsa mengambil kain batik lantas diikat pada tuala berkenaan, kemudiannya, kain batik terbabit dijerut pada lehernya sebelum dia dikatakan terjun dari paras tinggi.
Timbalan Pegawai Pendidikan Daerah Kulaijaya, Mansor Othman dan pengetua sekolah mangsa turut hadir menziarahi jenazah mangsa, hadir sama Pengerusi Majlis Belia Felda Negeri Johor, Nanndzri Nasib. Nanndzri berkata, Ia ujian berat daripada Tuhan dan kita sebagai hamba perlu reda dengannya, kita akan membantu keluarga mangsa mengikut kesesuaian,” katanya.
Sementara itu, sumber polis ketika dihubungi mengesahkan kejadian tetapi enggan mengulas kerana kes masih dalam siasatan.
Sumber : Harian metro
haisssshhhh...asek umo 14 thun je yang bermasalah..buang ank pon 14 thun..kena tangkap pOn umo 14 thun..budak2 baru nk knl erti dunia..huhuhuhu...isau2
BalasPadamkenapa ambik jln mcm ni ???????
BalasPadamkesian dia..
BalasPadammuda lagi..maseh byak agi yg perlu diteroka dlm idup nih..
bukan cinta semata2
sian..sian...
Salam;
BalasPadamSbb tulah..org muda yg masih bersekolah tak digalakan bercinta..takut tak tertanggung masalah cinta ni hingga ambil jalan pintas cam ni...
die ingat dengan cara gantung diri ni dia dapat hilangkan rasa sakit sebab putus cinta ke??penah ke dia pikir sakit di akhirat nanti??
BalasPadamsedih rasanya kalau bebudak belasan tahun xdapat brfkir dgn baik,.mana letaknye maruah dri?,.mane letak otak akal fikiran seme tu??<ya Allah!,.dunia nk kiamat dh,.astaghfirullah,.
BalasPadamYa Allah
BalasPadamtak sangka kat tempat insyirah lak 2
Hmmm dunia nak kiamat dah kan...
aduhaiii....naper la sampai macam tu sekali....
BalasPadamnape la dia ambik jalan yang singkat
BalasPadamdia tak tahu ke pe akibat bunuh diri..balasanya..
kalau la dia sedar,mesti dia sangat2 menyesala bunuh diri..
jangan la disebabkan hal cinta, nak bunuh diri..