Nenek berumur 65 tahun ulang-alik 300km demi PhD
SERDANG: Keazaman untuk menamatkan pengajian doktor falsafah (PhD) Bahasa Melayu di Universiti Putra Malaysia (UPM), seorang nenek sanggup menempuh perjalanan hampir 300 kilometer dari Singapura ke Kuala Lumpur selama 10 tahun.
Warga emas yang memiliki lima cucu, Alimah Lob, 65, mengakui terpaksa berulang-alik dari Singapura ke ibu kota menggunakan pelbagai jenis pengangkutan, termasuk kereta api dan kapal terbang.
Alimah yang ditemani suami, Mohd Naim Daud, 67, berkata tempoh 10 tahun untuk menamatkan ijazah sarjana muda, sarjana dan PhD memerlukan banyak pengorbanan, apatah lagi ia tidak membabitkan sebarang pinjaman.
“Banyak wang dikeluarkan bagi menampung pengajian, tambang perjalanan dan kos hotel, namun itu bukan alasan kerana ia bergantung kepada minat serta kesungguhan menimba ilmu.
“Sebenarnya, saya merancang menyambung pelajaran ketika muda, namun tanggungjawab sebagai ibu membataskan pergerakan saya. Syukur hari ini, hasrat itu menjadi kenyataan,” katanya.
Alimah antara 7,327 graduan yang menerima ijazah dan diploma masing-masing sempena Majlis Konvokesyen UPM ke-35 bermula semalam dan berakhir Rabu ini.
Sumber : Harian metro online
Salam;
BalasPadamberlajar tiada batasannya dan ilmu tiada penamatnya.
tabit lah nenek
BalasPadamhebat giler!!!
carilah ilmu hingga ke negara China.. =)
BalasPadamhebat2.. :)
BalasPadambariiiissssss hormat ke kanan, hormat!! hehe..
BalasPadambaca tajuk entry je aku dah tergelak. hahahaha
BalasPadamkalu aku smpai diploma pun jadi la
BalasPadamHANTU KAK LIMAH 2 DOWNLOAD !! SERIUS NI
Awek Kantoi Webcame !! !! SERIUS NI