Suami didera wanita sendiri
KUALA LUMPUR – Impian seorang warga emas untuk merasai nikmat perkahwinan dengan seorang gadis Vietnam berkecai apabila dia bukan sahaja kerugian RM18,000 malah kini hidup dalam keadaan tertekan kerana dikhuatiri dijangkiti virus HIV selepas telinga kirinya digigit wanita itu.
Bekas jurujual yang kini memandu teksi, Chin Weng Seng, 61, mendakwa, dia tidak pernah terbayang akan didera begitu teruk oleh wanita asing itu seperti disembur ubat nyamuk, matanya disapu minyak angin selain diugut kemaluannya akan dipotong setiap kali berhasrat meniduri isterinya, Le Thi Quang, 29.
Mengimbau semula kejadian itu, Weng Seng mendakwa, sepanjang hidupnya, dia tidak pernah berkahwin hinggalah dia mengambil keputusan untuk mengakhiri zaman bujang dengan seorang gadis asing selepas melihat gambarnya di sebuah agensi mencari jodoh di Cheras di sini pada 5 Julai lalu.
Katanya, sebaik membuat tempahan, dia dikehendaki membayar RM5,000 dan disusuli RM11,800 lagi untuk berkahwin di Putrajaya sebelum mendaftarkan perkahwinan di Jabatan Pendaftaran Negara.
“Saya kemudian dikehendaki membayar RM2,116 kepada pihak agensi untuk mendapatkan visa sosial isteri pada 16 Ogos lalu. Saya terlalu gembira kerana dapat beristerikan wanita muda Vietnam ketika itu.
“Bagaimanapun, ia tidak seperti diharapkan kerana sebaik sahaja saya membawanya pulang ke rumah di Jalan Cempaka, Ampang, dia berubah menjadi ganas setiap kali saya ingin menyentuhnya. Pernah saya tidur di stesen minyak kerana rumah telah dikunci wanita itu,” ceritanya ketika ditemui di Jabatan Pengaduan dan Perkhidmatan Awam Wisma MCA, Jalan Ampang di sini semalam.
Sumber : Kosmo online
nasib2.....
BalasPadam