Anjing paling tua di dunia meninggal dunia


SAKURA, Jepun - Seekor anjing paling tua di dunia yang diiktiraf Guinness Book of World Records, Pusuke mati ketika berumur 26 tahun di Sakura, wilayah Tochigi, utara Tokto kelmarin.

Umurnya itu dianggap sama dengan usia 125 tahun manusia.

Pemilik haiwan itu, Yumiko Shinohara menyatakan anjing tersebut kurang selera makan sebelum ia mati.

Namun, kata Shinohara, pada Isnin lalu, haiwan tersebut enggan makan dan kelihatan mengalami masalah kesukaran bernafas.

Haiwan itu mati pada waktu tengah hari, lima minit selepas pemilik anjing tersebut pulang ke rumah.

Sumber : Kosmo online

0 Response to "Anjing paling tua di dunia meninggal dunia"

Catat Ulasan