Budak 2 tahun hisap 40 batang rokok sehari


Seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang dikenali Ardi Rizal Mohammed dari Musi Banyuasin, Indonesia, sudah pandai menghisap dan menikmati rokok sebagaimana orang dewasa.

Lebih mengejutkan, kanak-kanak berkenaan perlu menghisap rokok dengan purata 40 batang sehari, sekiranya tidak dapat dia akan mengamuk dan menangis tanpa henti.

Berdasarkan laporan akhbar, bapanya mula memberikan rokok kepada kanak-kanak ini semasa dia berumur 18 bulan, punca atau sebab kenapa diberikan rokok tersebut masih belum tidak diketahui.

Ibunya pula memaklumkan anaknya kini sudah di tahap ketagihan yang serius, dia akan mengamuk dan menghantuk kepala ke dinding sekiranya tidak di berikan rokok.

Bapanya seorang nelayan menyatakan anaknya nampak sihat dan tidak nampak sebarang masalah mengenai kegemaran anaknya itu.

Sumber: gempak.org

0 Response to "Budak 2 tahun hisap 40 batang rokok sehari"

Catat Ulasan