Sanggup bida Warren Buffet RM8.6 juta hanya untuk makan tengah hari


LOS ANGELES - Seorang pembida bersetuju membayar AS$2.63 juta (RM8.6 juta) untuk makan tengah hari dengan pelabur bilionair, Warren Buffet dalam lelongan kebajikan yang diadakan menerusi laman web eBay Inc.

Pembidaan tertinggi dalam lelongan tahunan itu mengatasi rekod sebelumnya AS$2.11 (RM6.9 juta) yang dibayar pada 2008 oleh pelabur Hong Kong, Zhao Danyang.

Identiti pembida yang menang tahun ini tidak diumumkan serta-merta selepas pembidaan ditutup Jumaat lalu.

Pemenang berkenaan bersama tujuh rakannya akan makan bersama dengan Buffet, lelaki ketiga paling kaya di dunia di restoran Smith Wollensky, Manhattan.

Buffet dijangka bercakap mengenai banyak perkara ketika majlis makan itu, termasuk mengenai apa yang akan dibeli dan dijualnya.

Hasil pendapatan menerusi jamuan itu akan diserahkan kepada beberapa badan kebajikan. Buffet mula melelongkan majlis makan tengah tengah hari bersamanya sejak 2000 atas dorongan isterinya.

Sumber: Harian Metro

0 Response to "Sanggup bida Warren Buffet RM8.6 juta hanya untuk makan tengah hari"

Catat Ulasan