Jaringan minit ke-85 Van Persie tewaskan Liverpool


LONDON - Jaringan penalti Robin van Persie membolehkan Manchester United menumpaskan Liverpool 2-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris dI Anfield, sebentar tadi.

Liverpool terlebih dulu membuka jaringan menerusi kapten pasukan Steven Gerrard sebaik minit pertama separuh masa kedua bermula meskipun bermain dengan 10 pemain apabila Jonjo Shelvey dilayangkan kad merah pada minit ke-39.Namun United menyamakan kedudukan menerusi sepakan kencang Rafael.

Ketika Liverpool mencari gol penyamaan, Antonio Velencia berjaya membuat larian sehingga dalam kotak penalti sebelum dijatuhkan pertahanan Liverpool, Glen Johnson untuk sepakan penalti yang disudahi van Persie pada minit ke-85.

Sumber: Harian Metro

0 Response to "Jaringan minit ke-85 Van Persie tewaskan Liverpool"

Catat Ulasan