Kontroversi Fida Ibrahim kahwin pengurus sendiri di Thailand


Kontroversi Fida Ibrahim kahwin pengurus sendiri di Thailand - Pernah dihimpit kontroversi murahan kerana tampil berpakaian ketat dan isu lari dari lokasi penggambaran, Fida Ibrahim kembali menjadi bahan bualan peminat apabila didakwa mengikut jejak langkah pelakon Aeril Zafrel dan Wawa Zainal berkahwin secara senyap-senyap.

Menariknya, lelaki yang dikaitkan menjadi suami pelakon itu ialah pengurusnya sendiri, Shah dan mereka dikatakan telah bernikah tahun lalu di Selatan, Thailand. Demi menyorokkan berita pernikahan itu daripada diketahui orang ramai, Fida dikatakan mencipta isu percintaan dengan pelakon komedi Zalif Sidek.

Lebih menguatkan dakwaan itu, Fida dilihat sering mengenakan inai di kukunya setiap kali muncul dalam majlis-majlis hiburan. Meskipun Fida memberikan alasan mengenakan inai itu sejak setahun yang lalu untuk menaikkan seri pada kukunya, namun masih ramai yang tidak percaya.

Tidak cukup dengan itu, Fida juga didakwa gila publisiti kerana sering kali dilihat cuba menyertai program-program realiti seperti Akademi Fantasia 2013 dan terbaharu program Maharaja Lawak Mega 2013.


0 Response to "Kontroversi Fida Ibrahim kahwin pengurus sendiri di Thailand"

Catat Ulasan