Lelaki 41 tahun mengemis untuk didermakan kepada orang yang lebih memerlukan


Kebiasaannya seorang pengemis tentu akan menyimpan duitnya untuk kegunaan sendiri, tetapi tidak bagi Wang Zhiyou. Dia mengemis untuk disumbangkan untuk orang yang lebih memerlukan. Lelaki yang berusia 41 tahun ini berasal dari Yongping di Daerah Heilongjiang, China. Dia telah mengemis selama 15 tahun dan  terkenal dengan panggilan Pengemis Dermawan dari Timur Laut.

Dia tiba di kota Changsha, Ibu Kota Daerah Hunan, pada 6 September 2011 yang lalu. Biasanya dia tinggal di satu tempat selama satu bulan dan kemudian berpindah ke tempat lain. Setelah satu bulan mengemis, dia akan terus menyumbangkan hasil pendapatannya itu kepada mereka-mereka yang memerlukan.


Wang mengatakan bahawa dia berbuat demikian kerana pengalaman pahitnya sebelum ini. Pada usia 18 tahun dia baru menyedari yang dia adalah anak angkat. Ibubapanya tidak mampu menyara kedua-dua orang anaknya, sehingga dia diserahkan kepada orang lain.

Setakat ini Wang telah mendermakan hasil pendapatannya sebanyak 40ribu yuan kepada mereka yang memerlukan. Dia juga akan meminta bukti kesusahan dari orang yang telah dibantunya.

Sumber: Odity Central

0 Response to "Lelaki 41 tahun mengemis untuk didermakan kepada orang yang lebih memerlukan"

Catat Ulasan