Perokok hadapi masalah tidur berbanding normal


BERLIN - Perokok mungkin kurang tidur dan tidak nyenyak berbanding mereka yang tidak merokok, menurut kajian membabitkan 2,000 orang di Jerman.

Kajian sekumpulan penyelidik itu disiarkan jurnal ‘Addiction Biology’ yang menyatakan, daripada hampir 1,100 perokok yang mengambil bahagian, 17 peratus daripada mereka tidur kurang daripada enam jam.
Selain itu, 28 peratus lagi responden kajian melaporkan sewaktu lelap, tidur mereka juga ‘ada gangguan.’

Sementara itu, bagi lebih 1,200 peserta kajian yang tidak merokok, hanya tujuh peratus tidur kurang daripada enam jam dan 19 peratus melaporkan ada gangguan ketika tidur.

“Kajian itu menunjukkan buat kali pertama ramai perokok yang ada masalah tidur berbanding mereka yang tidak merokok membabitkan masyarakat tanpa masalah psikiatrik selepas mengambil kira faktor relevan risiko berpotensi,” kata ketua penyelidik, Stefan Cohrs, dari Sekolah Perubatan Charite di sini, serta rakannya.

Sumber: Berita Harian

0 Response to "Perokok hadapi masalah tidur berbanding normal"

Catat Ulasan