Kali ini, Hanez telah menjelaskan yang dia tidak lagi bersama Romie namun masih berhubung sebagai seorang kawan.
Hanez kini mahu membuka lembaran baru dan meninggalkan segala kontroversi yang telah melanda dirinya sepanjang tahun 2014. Inilah semangat yang kita mahu. Kata Hanez:-
"Saya mahu menutup semua cerita yang terjadi beberapa bulan yang lalu dan mahu membuka lembaran baru. Selepas ini kalau boleh saya mahu elak perkara yang boleh mengundang kontroversi. Jadi selepas ini saya akan lebih berhati-hati dalam setiap hal yang saya lakukan.
Saya anggap hubungan saya dengan dia tak ada jodoh. Tapi hubungan antara kami masih baik, tiada sebarang persengketaan yang terjadi. Saya sudah tidak mahu fikirkan. Jika selepas ini, kalau ada jodoh, adalah. Kalau tiada, tak mengapa. Buat masa ini, cukuplah. Saya tidak mahu komen lebih-lebih."
Hanez juga telah membuat permintaan maaf kepada semua pihak yang terbabit dalam kontroversinya. Kata Hanez:-
"Buat masa sekarang, biar semua benda berlalu dahulu. Saya sendiri dengan rasa rendah hati ingin memohon maaf kepada semua pihak jika ada salah dan silap saya sebelum ini. Apa yang terjadi, cukuplah. Saya sudah terima macam-macam perkara.
Saya mengambil perkara ini secara positif dan saya sudah maafkan semua. Saya terima semua komen dan kritikan yang diberikan. Biar saya buka lembaran baru selepas ini. Bila terhantuk itu membuatkan kita belajar. Sebab itu kesilapan kita, manusia tidak sempurna.
Saya sebagai manusia biasa, saya anggap kesilapan itu membuatkan saya kembali muhasabah diri. Apa yang terjadi betul-betul membuatkan saya belajar."
Diharap dengan permohonan maaf yang penuh ikhlas ini, semua pihak terutamanya yang terlibat dalam menjayakan drama memaafkan Hanez Suraya. Bagilah peluang kedua kepada Hanez.
Dia adalah seorang pelakon hebat. Kesian pula tengok nasib yang menimpa dirinya. Apa kata anda? Patutkan Hanez diberi peluang untuk berlakon semula? - PORTAL GUA
Baguslah..... kalau dah sedar langit tu tinggi ke rendah, Kita tak salah pun orng cakap salah...yg penting mulut nak kena jaga kalau bercakap. Suami orang jangan sekali di usik. Pastikan betul2 yang dia dah lama bercerai bukan kerana kita.
BalasPadammanusia ni ada otak..kena lah gunakan..klau xgunakan cengginilah jd nya..sblom buat xnak fkir dlu..xnk siasat..laki tu tipu katr dah cerai pun ko caye...elok laaa..... bnyk lg pelakon yg elok perangai...
BalasPadamBila dh terdesak..xde job..production xnk ambik belakon sbbkan atitude xbaik..baru nk mohon maaf..time meghoyan xingat pulak..mulut nk laser..ckp xjaga hati org..tuhan maha kaya..doa isteri teraniya tu makbul..ni lah balasannya..
BalasPadam