Anzalna - Saya dibenci peminat Aaron Aziz hanya kerana drama Adam dan Hawa


Saya dibenci peminat Aaron Aziz hanya kerana drama Adam dan Hawa. Anzalna agak kecewa dengan peminat Aaron Aziz kerana sangat membencinya hanya kerana lakonan sebagai perempuan jahat dalam drama Adam dan Hawa. Ini adalah petikan kata-kata Anzalna:
Saya menerima pelbagai tohmahan daripada peminat fanatik Aaron Aziz yang ramai. Mereka marah dan kecam saya di akaun Twitter milik saya kerana adengan menggoda saya yang menyandarkan bahu dan berpegangang tangan. Rasa takut dan fobia juga bila alami keadaan begini tetapi lama kelamaan saya sudah biasa dan tidak mempedulikan mereka yang memarahi saya kerana ternyata itu hanyalah lakonan sahaja. Terus-terang, saya pun malu membawakan adengan tersebut dan saya rasanya ia tidak keterlaluan. Jika tidak, sebenarnya saya disuruh untuk lebih intim dengan berpelukan, namun saya tidak berbuat demikian kerana saya sendiri agak segan. Saya faham apa yang peminat Aaron Aziz fikirkan tetapi saya hanya menjayakan watak saya dan saya harap peminatnya akan faham bahawa ianya hanya sebuah lakonan.



0 Response to " Anzalna - Saya dibenci peminat Aaron Aziz hanya kerana drama Adam dan Hawa"

Catat Ulasan