Lelaki lupa di mana dia parking kereta sendiri selama 2 tahun


Lelaki lupa di mana dia parking kereta sendiri selama 2 tahun - Seorang lelaki berumur 33 tahun yang berasal dari Berlin, Jerman hanya berjaya menemui kembali keretanya dua tahun kemudian selepas gagal mengingati di mana dia meletak keretanya sendiri.

Kejadian itu berlaku pada Disember 2010, di mana lelaki berkenaan telah pergi ke sebuah restoran pada waktu malam untuk minum arak sebelum tertidur. Keesokan paginya, dia tidak dapat mengingati di mana tempat letak kereta tersebut. Susulan itu, lelaki berkenaan telah membuat laporan polis tentang kehilangan keretanya.

Pihak polis hanya berjaya menemui kereta lelaki itu dua tahun kemudian iaitu pada Ogos 2012 selepas seorang polis trafik memeriksa sebuah kereta yang diletakkan kira-kira 4 km dari kawasan carian lelaki itu. Roadtax kereta berkenaan pula didapati sudah habis tempoh.
"Amat menghairankan bagaimana lelaki itu boleh meletakkan keretanya sedemikian jauh, sedangkan dia begitu yakin di mana tempatnya," kata Alexander Lorenz, seorang polis Berlin.
Di dalam kereta tersebut didapati terdapat peralatan mahal seperti mesin gerudi dan peralatan elektrik.


0 Response to "Lelaki lupa di mana dia parking kereta sendiri selama 2 tahun"

Catat Ulasan