Christina Aguilera akui tidak suka berseluar dalam


Christina Aguilera akui tidak suka berseluar dalam. Mungkin sudah menjadi kebiasaan budaya di Barat dan juga pemikiran yang terlalu terbuka, baru-baru ini Christina Aguilera mengakui bahawa dia tidak suka berseluar dalam.

Kalau nak diikutkan budaya kita di sini, memang kena hentam teruklah mana-mana artis yang mengaku macam ini. Tetapi bagi juri program realiti The Voice ini, dia lebih selesa dengan gaya sebegitu.

Menurut laman web contactmusic.com, dia sememangnya yakin dengan penampilan tersebut dan tidak segan untuk menghebahkannya.
"Saya memang tidak suka memakai seluar dalam. Saya ingin rasa bebas setiap masa. Lagi pun, ia sebenarnya menunjukkan siapa sebenarnya diri saya," katanya dipetik daripada laman web tersebut.

Selain itu, dia juga sungguh berkeyakinan apabila berbicara mengenai soal usianya yang semakin meningkat.
"Saya tidak kisah untuk bergelar tua. Ia sememangnya proses yang akan berlaku. Mungkin sesetengah orang takut untuk menjadi tua tapi bagi saya ia mampu mematangkan saya dan pengalaman mengandung turut sama membuatkan saya kagum dengan kebolehan tubuh badan wanita," kata penyanyi ini lagi yang turut tidak kisah menerima kritikan kerana dia sudah berasa selesa dan yakin dengan dirinya.
Menurut Christina Aguilera semua perkara tersebut mempunyai kaitan dengan album terbarunya, Lotus yang memfokuskan kepada kebahagiaan, kebebasan dan juga kesediaan untuk menjadi lebih matang. - Utusan Malaysia


1 Response to "Christina Aguilera akui tidak suka berseluar dalam"

  1. Selagi beri untung, apa pun dia ngaku kecuali mwrugikan :)

    BalasPadam