(Gambar) Pakej hiburan unik berenang dan bermain dengan buaya di Florida

Untuk pengetahuan kita semua, terdapat satu kolam renang di Tampa Bay, Florida, yang menawarkan pakej hiburan unik, di mana kanak-kanak berumur 9, 10 atau 11 tahun dibenarkan untuk berenang dan bermain bersama dengan seekor anak buaya. Kolam renang itu dimiliki oleh seorang lelaki dikenali Barrett dan terletak di belakang rumahnya. Harga pakej hiburan ialah RM494 dan boleh berenang dan bermain dengan anak buaya yang dilepaskan sehingga puas.


Apa yang menarik di sini adalah sambutan orang ramai di sekitarnya yang begitu hangat sehingga Barrett tidak menang tangan untuk melayan mereka. Memandangkan bentuk hiburan ini tidak menyalahi undang-undang maka Pegawai Suruhanjaya Perlindungan Hidupan Liar dan Ikan Florida telah membenarkannya untuk diteruskan, dipetik dari huffingpost.

Memang menakutkan sekali terutamanya bagi kanak-kanak kerana buaya bukanlah binatang peliharaan yang boleh dibawa bermain sesuka hati seperti anjing, kucing dan sebagainya. Namun, ibubapa di sana tidak melarang anak-anak mereka berparti di kolam tersebut kerana yakin dengan tahap keselamatan yang dimiliki Barrett.




0 Response to "(Gambar) Pakej hiburan unik berenang dan bermain dengan buaya di Florida"

Catat Ulasan