Lelaki hampir buat kapal terbang terhempas hanya kerana salah buka pintu tandas

Kepada sesiapa yang belum pernah menaiki kapal terbang dalam hidupnya, baca satu artikel menarik dari bangkokpost, berkenaan seorang lelaki cina berusia 52 tahun yang tersilap membuka pintu kapal terbang kerana disangka pintu tandas. Kejadian ini berlaku ketika pesawat sedang dalam penerbangan ke Hong Kong.


Sebagai individu yang pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal terbang, ringan-ringankanlah mulut sendiri untuk bertanya kalau tidak tahu, dan fahami dengan teliti apa arahan dan langkah keselamatan yang ditunjukkan oleh pramugari atau pramugara ketika sesi memberi arahan.


Kejadian buruk seperti pesawat terhempas mungkin boleh berlaku jika lelaki itu berjaya membuka pintu kecemasan berkenaan, namun dia gagal sebelum dihalang oleh kakitangan kabin. Ketika lelaki itu disoal siasat, beliau mengaku menyangka pintu itu ialah pintu tandas kerana pertama kali menaiki kapal terbang dalam hidupnya.

0 Response to "Lelaki hampir buat kapal terbang terhempas hanya kerana salah buka pintu tandas"

Catat Ulasan