Keputusan terkini Kelantan vs ATM Piala Malaysia 2012


Keputusan terkini Kelantan vs ATM Piala Malaysia 2012 yang berlangsung pada 20 Oktober 2012. Perlawanan akhir Piala Malaysia bagi Kelantan vs ATM baru sahaja selesai berlangsung tadi dengan kemenangan menjadi milik Kelantan selepas menewaskan ATM dengan keputusan 3-2. Gol-gol Kelantan dijaringkan oleh Norshahrul Idlan Talaha pada minit ke-45 & 50 dan indra putra mahayuddin ke-95, manakala gol ATM dijaringkan oleh Rezal Zambery pada ke-48 dan Marlon Alex James pada minit ke-65.

Kehadiran penonton memang di luar jangkaan apabila lebih 80,000 hadir memenuhi Stadium Shah Alam. Difahamkan, sebahagian besar penonton yang memenuhi Stadium Shah Alam ialah penyokong Kelantan. Diucapkan tahniah kepada pasukan Kelantan kerana kejayaan merangkul Piala Malaysia 2012 buat kali yang ke-2 selepas memenanginya buat kali pertama pada tahun 2010. Bojan Hodak pula harus diberikan pujian setingginya kerana berjaya membawa Kelantan menjurang piala treble pada tahun ini walaupun baru sahaja mengambilalih tugas sebagai ketua jurulatih Kelantan menggantikan Peter Butler julai lepas.

KEPUTUSAN TERKINI | KELANTAN VS  ATM | FINAL PIALA MALAYSIA 2012
08:45 Malam di RTM 1 (LIVE) | ASTRO ARENA (LIVE)


Keputusan Penuh Kelantan vs ATM Final Malaysia 2012  

3 - 2
 

0 Response to "Keputusan terkini Kelantan vs ATM Piala Malaysia 2012"

Catat Ulasan