Kisah suami isteri yang sama-sama curang


Seorang suami bernama Helmi sedang menelefon bekas kekasihnya bernama Ana.. yang juga merupakan isteri orang..

Ana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi keluar negara tadi.." 

Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."

Ana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye..abang tahu kan saya suka lelaki yg baby-face." 

Helmi : "Alamak... yang ni susah sikit.. isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"

Ana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"

Helmi : "oklah.. oklah.. awak punya pasal.. apa saja saya sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk kepejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting... dan dipejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik kerumahnya... isterinya sudah tidur... Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur... tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan...dan berkata...

"Kenapa awak tak balik lagi Pak Jalil... sekejap lagi suami saya akan pulang..!!"


1 Response to "Kisah suami isteri yang sama-sama curang"