Model wanita ini tidur dengan 2 ekor babi selama 4 hari tanpa pakaian


Miru Kim, 30, seorang model terkenal Amerika Syarikat, sekali lagi menimbulkan kontroversi kepada dunia apabila sanggup tidur dengan dua ekor babi peliharaan di Art Basel Miami selama 4 hari berturut-turut. Lebih teruk lagi, model ini bertindak berbogel sepanjang 4 hari bersama babi-babi berkenaan tanpa seurat benang pun sebagai penutup dan pelindung.
"Kadang babi itu memang sangat bau dan meloyakan, namun babi-babi itu adalah binatang yang pintar dan sensitif. Kulit mereka mirip seperti kita. Ketika saya tidur bersama dengan mereka, saya dapat merasakan adanya satu ikatan rapat di antara kami," kata Kim, dipetik dari laman huffingtonpost.
Secara ringkas, Kim mula terlibat sebagai model tanpa pakaian sejak tahun 2004. Pada mulanya, dia mengaku sangat gugup ketika berdepan kamera apatah lagi berbogel, namun sekarang perasaan malu itu tidak ada lagi. Sebelumnya, beberapa gambar bogel Kim telah diambil ketika berada di sebuah terowong, jambatan dan tepi sebuah jalanraya.





1 Response to "Model wanita ini tidur dengan 2 ekor babi selama 4 hari tanpa pakaian"