Taj Mahal tiruan bersaiz 4 kali lebih besar daripada asal bakal dibina di Dubai


Sebuah bangunan yang menyerupai Taj Mahal akan dibina di Dubai, India. Menurut pemaju, saiz bangunan berkenaan adalah 4 kali lebih besar daripada Taj Mahal yang asal. Jika bangunan ini siap, ia akan mencatat rekod terbaru sebagai bangunan pusat perkahwinan terbesar di dunia.

Jika Taj Mahal yang asal mengambil masa 22 tahun untuk disiapkan oleh Maharaja Mughal, Shah Jahan bagi permaisurinya 360 tahun dahulu, namun bangunan yang akan dikenali Taj Arabia ini pula boleh disiapkan dalam masa 2 tahun sahaja.

Menurut Arun Mehra, pemilik syarikat pemaju Global Group, projek ini dijangka akan menelan kos sebanyak 3 bilion dan ianya dibina di tengah-tengah Bandar Falcon iaitu di atas Jalan Emirates.
"Perkahwinan ialah satu perayaan. Ia perlu diumumkan dan diagungkan. Sehingga kini, Dubai masih belum diiktiraf sebagai destinasi perkahwinan utama. Biasanya, orang akan cenderung pergi ke Bali atau tempat eksotik lain untuk berkahwin. Dengan siapnya bangunan ini, saya menjangkakan ramai pasangan akan ingin melangsungkan perkahwinan mereka di sini," kata Mehra, dipetik dari Gulf News.
Taj Arabia akan dijadikan sebagai hotel bertaraf lima bintang. Ianya terdiri daripada 300 bilik dan 7 bangunan serbaguna dengan 2 daripadanya akan mempunyai 200 apartmen.
"Mengikut kepercayaan masyarakat UAE dan sekitarnya, perkahwinan bukan hanya penyatuan dua insan semata-mata tetapi juga penyatuan dua keluarga besar. Apartmen yang dibina dalam Taj Arabia ini sangat sesuai sebagai tempat menginap tetamu-tetamu perkahwinan kerana ianya mempunyai 10 bilik tidur yang besar dan satu dewan khas," kata Mehra lagi.

0 Response to "Taj Mahal tiruan bersaiz 4 kali lebih besar daripada asal bakal dibina di Dubai"

Catat Ulasan