Seorang penternak lembu di Kampung Parit Kadir, Bukit Pasir di sini, terkejut apabila mendapati seekor anak lembu baru dilahirkan berkaki enam.
Mokhsin Lun, 51, berkata, anak lembu itu dilahirkan pada 27 Oktober lalu iaitu sehari selepas Aidiladha.
“Ketika pulang ke rumah pada jam 12 tengah hari, saya dapati semua lembu ternakan berkumpul di satu sudut di dalam kandang.Menurut Mokhsin, pada masa sama, dia terlihat sesuatu yang ganjil pada tengkuk anak lembu itu dan mendapati ia sepasang kaki. - Harian Metro
“Saya menghampiri dan mendapati anak lembu berkenaan baru dilahirkan, saya terus mengangkatnya untuk ditempatkan di lokasi lain kerana bimbang dipijak lembu dewasa,” katanya, semalam.
0 Response to "Lembu berkaki enam dilahirkan di Muar, Johor"
Catat Ulasan