FAKTA 1: Ramai yang keliru antara kuruskan badan dengan hilangkan berat
badan. Anda sebenarnya perlu hilangkan lemak dan bukan berat badan
anda. Tak kisah jika berat badan anda sehingga 100kg pun tetapi jika
anda slim dan solid ianya tak jadi masalah! Jika anda bersusah payah
menghilangkan berat badan maka sebenarnya anda sibuk membuang air dari
dalam badan anda sendiri. Anda dehydrated tubuh anda sendiri dan ianya
amat tak sihat untuk anda!
FAKTA 2: Diet Ekstrem Karbohidrat!
Anda harus faham bahawa diet ekstrem karbohidrat ini bukan menguruskan
anda TETAPI mencuri tenaga lebih dari lemak yang sepatutnya. Jika anda
mengamalkannya anda akan hilang tenaga berlebihan dan yang paling tak
bestnya adalah anda juga akan makan berlebihan bila perut anda dah
memang tak boleh menahan lapar lagi!
FAKTA 3: Bersukan secara melampau. Tubuh anda akan terperanjat
seandainya anda tiba-tiba bersukan atau melakukan aktiviti secara heavy
dari biasa. Bangun dari tidur anda akan rasa sengal-sengal dan sakit
sendi dan otot pula. Untuk kurus anda tak perlu melakukan aktiviti sukan
melampau sehingga 3-4 jam sehari. Fuhhh!!! Atlit pun kalah!
FAKTA 4: Berlapar dari makan apa sahaja! Ini adalah tindakan yang
kurang cerdik, bahaya dan tak berkesan pun! Andai kata anda berjaya
kurus, anda akan kelihatan seperti mumia kerana anda kurang semua zat
dari makanan yang sepatutnya tubuh anda miliki! Sedang anda berlapar
sehingga lewat malam dan apabila anda masuk tidur dengan perut kosong
asid perut anda pula akan menghakis perut anda. Tambah pula lagi
penyakit.
haha.. memang membantu :)
BalasPadam