Gambar Pencerobohan di Lahad Datu 28 Februari 2013 - Semalam, Majlis Keselamatan Negara (MKN) telah sepenuhnya mengambil alih kes pencerobohan Lahad Datu. Untuk informasi terkini, tempoh pengusiran askar-askar kesultanan Sulu di Lahad Datu sekali lagi dilanjutkan selama 48 jam lagi bermula pada tengah malam 26 Februari 2013. Pelik tapi benar, tak gitu? Nampaknya, kerajaan agak berkompromi dalam kes ancaman berbahaya seperti ini tetapi tidak berbuat demikian jika orang luar yang datang untuk melawat rakan parti pembangkang.
Dalam pada itu kenyataan dari pihak pemberontak berkata, mereka sudah kehabisan makanan sejak beberapa hari lalu, namun mereka masih berkeras tidak mahu meninggalkan negara ini. Bagaimanapun pasukan keselamatan negara sedang diletakkan dalam posisi sedia menggempur. Jangan berlembut hati sangat, kalau pun semua penceroboh ini berjaya dihantar pula untuk kali pertama tetapi suatu hari nanti mereka akan merancang untuk kembali menceroboh lagi. Pasukan keselamatan perlu tegas dan tidak berkompromi.
0 Response to "Gambar pencerobohan di Lahad Datu 28 Februari 2013 (16 Photo)"
Catat Ulasan