9 Gambar Terkini Anak Dato Ramli MS Yang Terlampau Cantik


Gambar terkini anak Dato Ramli MS - Sebut sahaja nama Dato' Ramli MS pasti ramai sudah terbayang wajah seriusnya tatkala menjadi juri tetap dalam sesebuah program hiburan.

Menjadi antara juri tetap bagi program Gegar Vaganza sejak siri pertama, Dato’ Ramli MS atau lebih mesra disapa Tok Ram juga pernah menjadi Pengetua Akademi Fantasia Musim Ke-2 dan Ke-6 selain dikagumi sebagai pemuzik terkemuka tanah air.

Mendirikan rumah tangga bersama penyanyi berbakat Datin Alyah pada Mac 2013, umum mengetahui Dato’ Ramli merupakan penggiat seni yang cukup jarang berkongsi sisi peribadi. Beliau bukan hanya bersikap profesional terhadap kerjaya tetapi juga soal keluarga dan anak-anak.

Pun begitu, sebagai seorang personaliti tanahair yang terkenal, beliau tidak terlepas daripada tumpuan khalayak, lebih-lebih lagi mengenai dua orang cahaya matanya yang kini semakin meningkat dewasa.

Difahamkan menerusi perkahwinan terdahulu bersama Jennifer Thompson atau lebih dikenali sebagai Kak Jenn, Dato’ Ramli dikurniakan sepasang cahaya mata yang diberi nama Najee Ramli dan Nadiah Ramli.

Apa yang pasti, wajah cantik anak perempuan beliau sering mendapat perhatian peminat seni. Mana tidaknya, daripada rupa paras Nadiah jelas terserlah dia mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish. Jennifer Thompson merupakan nama besar dalam industri hiburan tanah air di samping memiliki pengalaman dalam bidang tersebut selama 30 tahun.

Bak kata pepatah, ke mana tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi. Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama. Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik.

Jom layan 9 keping gambr terkini Nadiah Ramli, anak Dato Ramli MS:










0 Response to "9 Gambar Terkini Anak Dato Ramli MS Yang Terlampau Cantik"

Catat Ulasan