Gambar banjir teruk di Terengganu 27 Februari 2013 (7 Photo)


Gambar banjir teruk di Terengganu 27 Februari 2013 - Banjir yang kembali melanda beberapa daerah di negeri ini pada musim yang di luar jangkaan, kini memaksa 628 orang daripada 206 keluarga ditempatkan di pusat-pusat pemindahan sehingga petang ini.


Diburukkan dengan keadaan hujan yang berterusan sejak tiga hari lalu dan angin kencang, empat buah sekolah di Setiu turut ditutup untuk sesi pembelajaran hari ini kerana kawasan sekitar digenangi air di samping laluan terputus.


Portal Banjir Majlis Keselamatan Negara (MKN) memaklumkan, sehingga pukul 4 petang semalam, sebanyak 14 buah pusat pemindahan telah dibuka di tiga daerah untuk menempatkan kesemua mangsa. - Utusan Malaysia






0 Response to "Gambar banjir teruk di Terengganu 27 Februari 2013 (7 Photo)"

Catat Ulasan