Wan Akashah Wan Abdul Hamid, seorang pendakwah selebriti berkata, mengikut hukum Islam, lelaki dan perempuan tidak dibenarkan bersentuhan selagi belum melaksanakan akad nikah meskipun sudah bertunang.
"Kita perlu faham bahawa selagi belum berlakunya akad nikah, tunang kita masih lagi bukan mahram, maknanya tidak boleh disentuh.
"Hadis Nabi ada menyebut sesiapa yang berkahwin, ia telah menyempurnakan sebahagian daripada agamanya.
"Memang niat dah betul, tetapi jalan untuk menuju ke matlamat (berkahwin) itu mestilah selari. Perlu diingat, matlamat tidak menghalalkan cara," katanya yang dihubungi mStar Online di sini, Rabu.

Wan Akashah diminta mengulas penyebaran gambar pertunangan Fizz Fairuz atau nama sebenarnya Mohd Fairuz Zainal Abidin, 34, dengan seorang wanita yang dikatakan berlangsung di Taman Pelindong Damai, Beserah, Kuantan, Pahang pada Ahad lalu.
Salah satu gambar itu memperlihatkan Fizz menyarungkan cincin ke jari manis wanita berkenaan yang biasanya dilakukan oleh ibu ataupun individu wanita, mewakili pihak lelaki dalam sesebuah majlis pertunangan.

Tambah pengacara program Semanis Kurma di TV9 ini, sepatutnya ibu Fizz atau wanita lain yang mewakili pelakon itu perlu menyarung cincin tersebut ke jari wanita berkenaan.
Dalam adat orang Melayu, bertunang adalah satu perjanjian dan ia diuruskan oleh keluarga pihak lelaki dan perempuan yang berjanji untuk berkahwin.
Sebagai tanda diikat, wanita yang dilamar itu akan disarungkan cincin pertunangan oleh ibu atau wanita yang mewakili pihak lelaki selain kedua-dua pihak perlu menetapkan satu tempoh masa untuk majlis ijabkabul. - mStar
tuhla , cetek sangat pemikiran tuh
BalasPadamTuduhan Blogger dan Ustaz ini terhadap Fizz sungguh berat kerana ianya adalah fitnah semata. Pertunanagan ini mengikut ada Melayu seadanya. Fizz tidak merancang utk hadir ke Majlis ini tetapi menghormati pelawaan Ibu tunangnya setelah selesai Majlis utk bertemu sanak saudara yang ingin melihat Fizz dari dekat. Peluang yang ada ini mereka mengambil gambar bersama fizz. Gambar di atas adalah fizz sedang melihat cincin yg telah disarungkan oleh ibunya pada Majlis Pertunangannya tadi. Itu saja. Bukanlah seperti apa yang di terjemahkan oleh ustaz yg mengatakan Majlis itu Haram. Ia telah menjatuhkan maruah dan air muka keluarga belah perempuan secara tidak langsung. Blogger yang mengupload gambar ini secara langsung membuka ruang fitnah, cercaan dan tomahan kepada mereka. Dengan penjelasan yg ringkas ini dapat memberhentikan semua cercaan. Almy dan Fizz sebelum ini pun bukan ada sebarang ikatan lagi dan hubungan dia tidak sampai ke jinjang pelamin lagi pelbagai perkara boleh berlaku dan ianya telah berlaku. Kita doakan yang terbaik utk kedua dua artis inj dan juga tunangan Fizz agar tabah menempuh hari mendatang...sekian. Maksu
BalasPadam