Gaji Fakri Saarani di Kelantan RM20,000


Gaji Fakri Saarani di Kelantan RM20,000 - Masa depan yang kurang menyakinkan di Atletico SC telah memaksa penyerang kebangsaan, Fakri Saarani untuk kembali secara mengejut di Malaysia baru-baru ini. Mengikut laporan Berita Harian, gaji yang ditawarkan Kelantan kepada Fakri Saarani lebih lumayan berbanding di Atletico SC. 


Jika di di Atletico SC dia dibayar RM10,000, di Kelantan pula Fakri Saarani dibayar sekali ganda lebih besar iaitu mencecah RM20,000. Mungkin pilihan yang dibuat oleh Fakri Saarani ada benarnya kerana difahamkan kelab Atletico SC hanya sebuah kelab divisyen tiga yang bermasalah untuk mendapatkan penaja. Jika kelab ini tidak berjaya naik ke divisyen kedua melalui perlawanan play-off minggu depan, maka Atletico SC bakal bermasalah untuk membayar gaji semua pemainnya termasuk Fakri Saarani.


0 Response to "Gaji Fakri Saarani di Kelantan RM20,000"

Catat Ulasan