Ingat! Janganlah abaikan kekasih hati - Almy Nadia sindir Fizz


"Ingat! Janganlah abaikan kekasih hati" - Itulah kenyataan yang agak tegas keluar dari mulut Almy Nadia berkenaan isu putus tunang Fizz Fairus semalam. Pelakon Almy Nadia menasihati pasangan bercinta agar tidak sesekali mengabaikan kekasih masing-masing kerana ia boleh memakan diri.

Almy atau atau nama sebenarnya Almy Nadia Aminuddin Shah, 27, berkata, pertunangan sorok-sorok kekasihnya Fizz Fairuz dengan seorang wanita yang merupakan isteri orang wajar dijadikan pengajaran buat semua pihak.


"Pengajaran yang boleh saya simpulkan di sini, ianya adalah hukum karma iaitu seserang itu akan mendapat balasan terhadap apa yang telah dilakukannya. Nasihat saya, hargailah orang yang kita sayang dan janganlah sesekali mengabaikannya.

"Jangan nanti apabila kita memerlukan orang itu, maka dah terlambat. Selebihnya saya tidak boleh komen dan enggan masuk campur,"
katanya kepada mStar Online.



0 Response to "Ingat! Janganlah abaikan kekasih hati - Almy Nadia sindir Fizz"

Catat Ulasan