Rozita Che Wan dan Zain Saidin sah nikah Julai 2013


Rozita Che Wan dan Zain Saidin sah nikah Julai 2013 - Teka-teki tentang tarikh sebenar perkahwinan Rozita Che Wan dan Zain Saidin akhirnya terjawab apabila Rozita Che Wan mengesahkan sendiri untuk melangsungkan majlis pernikahan sekitar hujung bulan Julai tahun ini melalui Harian Metro.

“InsyaAllah kami akan bernikah, jika tiada sebarang halangan pada bulan berkenaan,” ujar Rozita Che Wan yang turut memilih untuk tidak bertunang kerana menganggap ianya tidak perlu.

“Hubungan kami selama ini memang tiada masalah. Kami sudah lama mengenali satu sama lain dan dia juga rapat dengan anak dan ibu saya,”
tambah Rozita Che Wan lagi.

Wah, tahniah kepada kedua-dua pelakon terkenal ini kerana bakal bergelar pasangan suami isteri yang sah tidak lama lagi. Semoga perancangan mereka akan berjalan dengan baik dan lancar.



0 Response to "Rozita Che Wan dan Zain Saidin sah nikah Julai 2013"

Catat Ulasan