"Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz dengan wanita itu. Hanya satu mampu diucapkan, ‘pulang paku ke buah keras’ Fikirkan. Saya tahu Fizz sudah bertunang. Kalau nak tahu cerita lebih, tanyalah dia kenapa dia bertunang dan kami berpisah,"
Itulah kata-kata luahan Almy Nadia yang nyata amat terkejut dengan berita pertunangan Fizz hinggakan sebutir kata pun tidak mampu diucapkannya lagi. Beliau sebenarnya amat kecewa dengan tindakan Fizz yang tidak memberikan kata putus berkenaan hubungan mereka sebelum ini.
Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia mempunyai orang lain hinggakan hubungan mereka putus. Dia menyifatkan hubungan mereka putus kerana dirinya bukan orang kaya dan tidak berpendidikan.
Almy menafikan sekeras-kerasnya dakwaan kononnya dia mempunyai orang lain hinggakan hubungan mereka putus. Dia menyifatkan hubungan mereka putus kerana dirinya bukan orang kaya dan tidak berpendidikan.
Pergi tanya Fizz dulu, kita tengok apa jawapan dia. Kalau dia buka mulut, saya juga sudah bersedia dengan jawapan saya. Berani kerana benar, takut kerana salah.
Sepanjang bergelar anak seni, saya tidak menimbulkan sebarang kontroversi dan fikirkanlah. Sekarang ini siapa yang bertunang dan siapa yang ada orang lain.
Saya tak mampu nak gambarkan dengan kata-kata selepas mendapat tahu tentang pertunangan itu. Lebih baik tanya Fizz dan keluarganya.
0 Response to "Tiada kata-kata mampu saya ucapkan mengenai pertunangan Fizz - Almy Nadia"
Catat Ulasan